Monday, December 28, 2009

AntibioTik....elakkan pada anak2 anda...

INFO DARI BLOG DR AZWAN

Assalamualaikum,

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.


Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.


Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.


Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... )


Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Tuesday, December 22, 2009

Bayi Batuk dan Berkahak ???

Mungkin ibu ibu yang mempunya anak kecil pernah mengalami perkara di atas..anak kecik batuk dan berkahak...

Seperti baby saya itu ari..Hafiz admitted kat KPJ Selangor...kesian...


TEKNIK TEPUK BANTU MASALAH BAYI BERKAHAK

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber: Utusan Malaysia

----------------------------------------------

Saya memang selalu praktikkan cara ni kat Hafiz..dan di samping itu..saya menggunakan UK Anti Virus yg saya beli dari Miela 77 shoppe..dan memang berkesan...




Sekarang aku sendiri buat kaedah percussion untuk Hafiz apabila aku rasa dia berkahak..takut nanti kahak makin banyak...susah...waktu sikit2 kita buat jadik cepat hilangnya.

Sebab aku tak sanggup melihat dia kena masuk wayar ikut mulut dan hidung..sebab padaku..memang ia menyakitkan...

Bonus 1 juta Pounds ... Nasib badan...

Itu dia...Besarnya Bonus dia...

Aku dengar kat berita pagi tadi...Bonus untuk satu football club kat Europe sana..tak ingat la yang mana satu...

setiap pemain dapat sekurang2nya 1 juta pounds...

Dan Aku??? Bonus ku ???...............................??????????

An Infinity question............................

Thursday, December 17, 2009

Cantik...Manis...Ayu...Hebat

"Cantik wanita kerana kejernihan wajah...

Manis wanita kerana senyuman yang indah ...

Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah...

Hebat wanita kerana keimanan yang teguh"





Get 10% Discount at http://ibuabangtupperware.blogspot.com

Wednesday, December 16, 2009

Sibuknyaaaa keje...ada BONUS tak ?

Hmmm...dah lama ku tak mencoretkan sesuatu kat sini..kesibukan keje yang menjadi-jadi..almaklum la..ramai yang MSS..jadik yang tinggal terpaksa la buat keje lebih...dah 2 hari aku keje 12jam sehari..balik kol 8 malam..cian anak2-ku...

Pasal MSS....sesapa yang amik MSS kat tempat keje aku ni..last day besok...(ramai le OKB-orang kaya baru..MSS ni terkecuali dari cukai)...kenapa? sebab ini adalah golongan yang di minta berhenti...bukannya sukarela...di minta berhenti dan bersetuju untuk melakukan begitu..jadik..excluded dari Tax.

Dan..sesetengahnya pula akan sambung keje kembali dari 5/Jan till 29/Jan sebagai kontrak staff.

Dan ..jeng jeng jeng...issue hangat apabila ujung tahun..BONUS...BONUS..BONUS...ada ke tak ye??...company korang ada bagi bonus tak ?

Company aku keje .................ntah..tak tau...

(Tupperware SuperDeal at http://ibuabangtupperware.blogspot.com)

Thursday, December 10, 2009

Dapatkan Rice Dispenser & Membership Tupperware pada harga gileerr

Ye betul...mestila gila..sebab harga sebenarnya RM348. Tapi aku bagi harga RM 293 aje...

jadik...kepada sesiapa yang berminat tu...boleh la singgah kat kedai tupperwareonline Ibuabang

kat link ini http://ibuabangtupperware.blogspot.com atau klik kat side bar tepi.

Bussiness Kit seperti gambar dibawah juga akan disertakan.

Dapatkan peluang anda sekarang

Wednesday, December 9, 2009

Baru nak masuk 6 bulan..dah tumbuh gigi

Itulah dia babyku..Hafizuddin..umurnya baru nak menjangkau ke arah 6 bulan..tapi sebatang gigi bawah dah tumbuh...

Tumbuh gigi awal nih..leceh le ibu nak menjaga giginya...

Walau macam mana pun..apa2 aje..janji..Adik..Abang..dua duanya sihat walafiat...

Tuesday, December 8, 2009

Cuba saja...No Harm...

Hari ini aku terpanggil untuk mencuba...kerana aku rasakan tiada kemudaratan atau pun kerugian...yang ada hanyalah...tiada apa2..atau sekiranyan bernasib baik..mendapat keuntungan...


Jadi...apa salahnya mencuba..Dapatkan Salinan anda sekarang...
Klik pada Ikon di atas ataupun di side Bar...
Terima Kasih...

Monday, December 7, 2009

Membuka Pintu Rezeki...

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah -

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Aku Insan yang Kaya tanpa berbuat apa2...

Dear Lucky Winner,

We appreciate your letter of claim on your wining prize of £800,000:00. Please find attached, copy of your lottery winning certificate which authenticates you as our lucky winner in our promotional draw.

Your prize will be paid out to you through our paying bank, the Halifax Bank Plc, London, therefore you are urgently advised to contact our paying bank directly through the below contact information and request for transfer of your prize:

Bank: HALIFAX BANK PLC
Branch: NORTH FINCHLEY, LONDON UK
Contact: MR. FRANCIS FISHER
Position: DIRECTOR OF REMITTANCE
TEL: 0044-792-407-9882
FAX: 0044-870-471-9926
Email: remittancedept@halifaxbankingplc.com

Keep me updated as soon as you’ve received your prize to enable me submit your file to the board as a paid lucky winner.

NB: you should keep your winning information very safe and confidential to avoid duplication of efforts which might result to double claim.

We congratulate you.

Yours truly,
Mr. William Boyd
Your claim agent
Tel: 0044 703 174 1859

--------------------------------------------------------------------------------

Itulah dia..surat bertuah untuk aku sebagai pemenang yang akan menjadi jutawan kat malaysia nih tanpa berbuat apa2...tiba2 je menang...haii..kalau le benda ni satu reality..akulah seorang ibu yang paling bertuah..

Tapi..setakat ni saja le kot..aku dah malas dah nak melayan ...


MakCik Kayooooo....

Ni Haaa..rentetan daripada post terdahulu pasal aku dapat hadiah duit GBP800,000. Kiter tgk sejauh mana dia nak perdaya kiter..setakat nih tak de le mintak bayar lagi..dia baru mintak info peribadi sikit sebanyak..jadik aku bagik aje..info basic cam nama, adress, sex, age...No IC tak de ye...No bank pun tak de ye.. Aku belum bodoh untuk bagi info2 penting cam tuh.

Diaorang mesti ingat aku ni bakal next prey depa....

Datuk Lee menang lagi.......


Datuk Lee Chong Wei menang lagi...Tapi sebenanrnya aku tak heran pun..memang patut pun dia kena menang...kalau kalah..berbakul2 le kena kutuk.
Datuk Lee ni buku dan ruas dia cuma Lin Dan aje..orang lain tu buang keringat aje le lawan ngan Datuk Lee.
Aku memang seronok giler bila Datuk Lee beat Lin Dan waktu Switzerland Open itu ari..tak ingat bulan berapa.
Tak sabar nak tunggu Datuk Lee Vs Lin Dan...dan harap2 Datuk Lee boleh menang...

Biar Betul...Jutawan Segera le kalau Cam ni...


Ni le email yang aku dapat..korang pun ada dapat tak ? kalau cam nih...jadik jutawan le..tak yah keje dah la..bukan sikit tuh..UK pound lagi...hhmmm....suka suka hati diaorang jeee...



Saturday, December 5, 2009

Ustaz Akhil Hayy Vs Pengarah JAIS : Patut ke tak Patut ???

Usah serkap jarang

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: “Cuba nilaikan pengalaman 15 tahun saya berceramah dan berdakwah di depan pelbagai peringkat pendengar termasuk tokoh dan pakar agama dan jangan sekadar melakukan ‘serkap jarang’ semata-mata. “Bukan mahu membangga diri, saya juga pernah memberikan ceramah di luar negara dan mendapat sokongan mufti di negara berkenaan,” kata penceramah muda dan bekas penyanyi rock, Akhil Hayy, semalam.Menurutnya, berdasarkan pengalaman itu, beliau tidak pernah berceramah dalam ‘gelap’ dan sentiasa terbuka kerana mahu masyarakat menilai sendiri input yang mampu ditawarkan kepada mereka.Akhil berkata, Jais sepatutnya peka dan menyedari tempoh 15 tahun beliau berkecimpung dalam bidang itu (ceramah) selepas meninggalkan dunia artis sepatutnya dilihat dengan hati yang terbuka.

“Apa yang dilakukan adalah untuk membawa kebaikan kepada pendengar dan sudah pasti pengalaman yang dimiliki mahu dikongsi bersama dengan pendengar supaya dapat membantu mereka setidak-tidaknya mampu menyedarkan mereka supaya kembali menjadi insan yang memiliki nilai murni,” katanya, semalam.


Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, berkaitan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang menganggap bekas penyanyi rock itu tidak mempunyai latar belakang agama yang mencukupi bagi memberikan ceramah agama selain mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan Jais, beberapa tahun lalu.Akhil berkata, sebagai umat Islam yang sentiasa patuh perintah Allah, setiap input ceramah yang diberikan semuanya berlandaskan kitab suci al-Quran dan hadis.

“Mengapa Jais melabelkan saya sebagai individu yang tidak memiliki latar belakang agama dan ia tidak sepatutnya berlaku.“Jais sepatutnya meneliti pengalaman dan ilmu saya miliki dan bukan membuat tohmahan tidak tepat itu,” katanya mengakui pernah ke sebuah pusat pengajian Islam di negara jiran bagi memuhasabah diri selepas meninggalkan dunia artis.Akhil mengakui beliau pernah ditahan Jais apabila berceramah sebelum ini tetapi menganggap ia cabaran sebagai seorang penceramah yang cuba membawa kebaikan kepada pendengar.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dimiliki dengan umat Islam lain dengan harapan mencetuskan perubahan diri mereka untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.“Lebih penting, saya bukan individu yang membawa ajaran sesat tetapi ceramah agama yang menjurus ke arah kebaikan.“Sepatutnya, Jais melihat kemampuan saya yang melakukan transformasi dari dunia artis ke dunia yang lebih mampu mendekat dan menjadikan kita insan yang baik,” katanya yang mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jais itu.

Bukan itu saja, Akhil berkata, beliau mengakui setiap manusia memiliki kelemahan tersendiri tetapi tidak bijak jika hanya menilai individu itu dengan hanya melihat penampilan luar tetapi tidak kepada input positif yang dibawa dan mampu diberikan kepada pendengar.“Persoalannya, adakah kerana tidak memiliki latar belakang agama itu menjadi masalah besar sedangkan kita mampu memberikan sumbangan baik kepada masyarakat dan dijemput menjadi penceramah di negara lain yang menghargai ceramah disampaikan,” katanya.Tanpa menidakkan hak Jais untuk membenar atau tidak seseorang itu berceramah di Selangor, Akhil berkata, pihak berkuasa agama itu perlu bersikap terbuka seperti yang dilakukan di negeri dan di negara lain yang menghayati kelebihan seseorang individu itu untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.

Menurutnya, tempoh 15 tahun terbabit dengan aktiviti ceramah dan berdakwah di seluruh negara yang diterima baik masyarakat tidak wajar dilihat secara sempit oleh Jais. “Tempoh itu cukup panjang bagi saya memuhasabah diri sehingga tidak terlintas dalam fikiran untuk menipu atau melakukan penyelewengan terhadap masyarakat.“Saya percaya masyarakat mungkin selesa pendekatan ceramah yang saya lakukan dengan menampilkan pendekatan nyanyian ilmiah selain ceramah berhemah,” katanya.Sebagai penceramah muda, Akhil berkata, dia bersedia ditegur atau dinasihat jika ada perkara yang tidak betul dilakukan tetapi ia perlu dilakukan dengan berhemah supaya ia dapat membawa kepada kebaikan.

Apa yang pasti, katanya, Jais perlu melihat ‘track record’ dan tidak sewenang-wenangnya melakukan tohmahan yang boleh mematahkan semangat untuk menaburkan bakti kepada masyarakat.“Saya tidak akan merayu hanya kerana mahu mendapatkan ‘skrip tauliah’ dan jika tauliah itu dijadikan pertimbangan, siapa yang akan mengajar mereka di luar sana,” katanya.

Petikan Dari Harian Metro Online
---------------------------------------------------------------------------------------

Patut ke tak patut pengarah Jais mengeluarkan kenyataan sebegitu ???

Pendapat IbuAbang : Sepatutnya JAIS menghormati individu yang terlibat untuk memberikan ilmu agama kepada masyarakat seperi Ustaz Akhil Hay ( Saya panggil dia ustaz sebab dia mengajar orang - ustaz tu dlm bahasa arab dan maksudnya guru). Jadik kepada sesapa yang tak mau panggil dia ustaz sebab rasa dia tak layak dipanggil begitu..panggil aje dia cikgu..kalau rasa cikgu pun tak layak..panggil le encik...

JAIS sepatutnya menghargai usaha Akil Hay yang ada kesedaran untuk memberikan ceramah untuk kebaikan dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada dirinya. Dia menggunakannya dengan cara yang amat baik..dan bukankah rasullullah sendiri pernah bersabda.."sampaikan lah dariku walaupun satu ayat ". Dah terang kan..maknanya sesapa sahaja yang ada ilmu..sampaikan...

Apa yg JAIS perlu lakukan..pantau ajer Akil Hay tu..kalau rasa isi ceramahnya tak betul atau terpesong..baru le ambil tindakan...selagi isi ceramahnya bagus...berterima kasihlah...

Mari mari...JVC warehouse Sales......


Mari mari mari...mari beli barangan Elektronik dari JVC (aku keje sini tau), quality mmg bagus le.

Ada macam2 ..TV, Camcorder, Radio..dan mcm2 lagi le barangan JVC...

cakap banyak tak guna..mari sendiri dan lihat..dah banyak dah pun org dah beli...sampai besok aje..

Lambat..melepas...

MSS...VSS...ESS...SSSSSSSS?

Apa tu ye MMS, ESS, VSS ? meh sini Ibuabang terangkan...

MMS - Mutual Separation Scheme (Pemisahan Persetujuan Bersama PPB)
VSS - Voluntarily Separation Scheme ( Pemisahan Secara Sukarela)
ESS - Everio Share Station.

Dan sesunggunhnya ESS tuh tak de kena mengena langsung ngan MSS atau VSS..ESS adalah satu product dari JVC..it is a CD burner. Saja je letak sebab dia ada SS kat ujungnya.

Kenapa nak citer pasal nih ye ? sebabnya..company aku sekarang nih tgh practice MSS...
dah dua tiga kali dulu practice VSS..this is first time le wat MSS...

Apa beza MSS dan VSS ? uuiiiihh..ada bezanya...VSS tuh memang secara sukarela aje..sape2 yg berminat boleh isi borang dan antar..the tengok la rezeki..untung batu tenggelam lee...

MSS ? haa...Yang ni..org2 yang nak di bagi duit tuh dipilih oleh boss2...sesapa yg dipilih tuh..tak de le sampai di paksa berhenti kalau tak nak..masih boleh dipertimbangkan sekiranya ada org lain kat department tu sudi mengambil MSS...cam ada suka sama suka...

tu le yg company aku tgh practice skang..nak mengecilkan organisasi..time gawat cam nih..

Dan aku ? hhmm..cam teringin gak nak amik itu ari (aku kan kat wad jaga anak)...tapi bila datang keje boss terus terang cakap...kalau mintak pun reject...jadik..tok sah berangan le...

Prepare untuk buat keje yang akan makin banyak aje le...

Dan aku mesti ada plan tindakan lain..sekiranya aku dah tak tahan ngan pressure yang mendatang....

Wait and SEE....

Friday, December 4, 2009

Kesian Baby ku...Hafizuddin...

Baru boleh berblogging...dari 25/Nov ~ 29/Nov cuti IdilAdha..pastuh..dari 30/Nov ~ 3/Dec laks baby comelku Hafiz masuk wad laks...

Kesian sungguh..sedut gas 4 jam sekali...everymorning kena masuk wayar kot idung ngan mulut untuk sedut kahak...isk..tak sanggup la..next time..kalau boleh elakk..akan aku elak...tapi kalau dah terpaksa nak buat cam ne..

Tapi walau cam ne pun..thanks to all staff at KPJ Selangor Specialist Hospital, especially Dr.Hoe..nurses and staff at Ward 2A, and also the fisioterapi staff yang kat basement tu...for all the treatment until my baby dah OK sekarang ( But still on medicine sebab kahak masih ada).

Tak sangka..ingatkan second baby nih akan bebas dari hospital..rupanya..sama je cam abang dia..