Wednesday, February 24, 2010

Yang Terhangat.........

Setelah lama menyepi...kerana apa yek ? sebab tak de apa2 nak dituliskan kot...ooohhh...sebenarnya ada update...tapi..asyik sibuk mengupdatekan kedai online..


Apa yang hangat ? Yang paling hangat kat tempat keje aku ari nih...

Borang PPS (Pemisahan Pekerja Secara Sukarela) ataupun dlm bahasa inggerisnya VSS .

Dah ada department yg dapat pun..tapi section aku senyap ajerr...boss tak nak cut manpower ke?

Kalau aku dapat borang..aku pun nak sign..lepas tu terserah la pada rezeki masing2.

Alhamdulillah....

Sunday, February 14, 2010

Aksi Umar dan Hafiz



Umar is playing Feeding Freenzy.




Hafiz Standing proudly in his Carters' Suit.

Wednesday, February 10, 2010

Ku Tujukan Khas kepada Parents baby 5 bulan yg meninggal di dera

Kepada Ibu Bapa bayi tersebut..


Kepada Ibunya :
 Aku tak tahulah ibu jenis apa kau ni..anak 5 bulan ..dah nak hampir mati baru bawak pegi sepital ? sebelum ni...kau biarkan anak kau tu menderita cam tu ke ? Memang kau jenis yang tak tahu menghargai anugerah Allah. Sepatutnya sebagai seorang Ibu..kau mesti mengutamakan anak terlebih dulu daripada diri sendiri.
Kau mensia2 kan kehadiran syurga di bawah telapak kakimu..Masih Layak kah kau untuk menjadi seorang Ibu ?

Kepada Bapanya :
Ni lagi satu jenis...Buta Hati dan Buta Mata...Haruan makan anak..Allah dah rampas perasaan kasih dan sayang daripada Hati mu...Apa lagi yang tinggal untuk dirimu ?

------------------------------------------------------------------

Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal di dunia dan akhirat di Atas perbuatan kamu berdua kerana tidak menjaga Amanah Allah dengan sebaik2 nya..Dan..dengan perasaan yang sakit hati..aku mengharapkan kamu dijatuhi hukuman di atas kanun keseksaan seksyen 302...andai sekiranya terlepas...aku mengharapkan semoga Allah tidak memberikan apa2 lagi amanah kepada kamu berdua.

Tetapi..itu hanyalah Emosi aku..kerana sesungguhnya ku tidak tahu apa yang Allah ada untuk kamu berdua..kerana..Allah itu maha pengampun.


Anakmu itu..hampir sebaya dengan anak ku wahai manusia...

Sunday, January 31, 2010

Kembar..tapi ayah lain lain.

haaaaaa...agak2 korang nak percaya tak...macammana boleh ayah berlainan kalau kembar kan..

Tapi..itulah faktanya...mmg betul...

Kesnya berlaku di Ankara, istanbul. seorang pengawal keselamatan yg di kenali sebagai A.K mengeyaski isterinya berlaku curang setelah ujian DNA yg dijalankan mengesahkan bahawa dia hanyalah bapa kepada salah seorang anak kembarnya yg berusia 3 tahun. A.K telah memutuskan untuk menceraikan isterinya yg dikenali sebagai C.K.

Kononnya C.K dipercayai bercinta dengan seorang lelaki lain sebelum keluarganya memaksanya untuk mengahwini A.K.

Fenomena anak kembar dgn bapa berbeza secara saintifiknya di kenali sebagai heteropartenal superfecundation.

Sumber KOSMO 30 januari page 52

Kelantan dan royalti minyak

Y Allah...Permudahkan lah urusan kerajaan negeri kelantan untuk menuntut hak royalti minyak.

Sebagai rakyat kelantan...sama2 lah kita berdoa..tak kira le parti apa.

Ku Li pun buat cam tu kan..Syabas Ku Li kerana meletakkan hak anak kelantan sebagai keutamaan

Saturday, January 30, 2010

Entry Larut Malam...

Saja2 nak menulis dalam e-diary...kol 1 pagi..mata lom ngantuk..bebudak berdua tuh dah tido..esok nak gi keje nih...

disebabkan kekangan kejerr...nak menulis kat blog pun payah...

dulu aku keje..bunyi loceng je cabut..siap boleh naik bas kilang lagi...

sekarang..jgn harap la..simpan duit buat beli minyak keta je la...

Bila ramai yg VSS..teringin gak nak VSS..tapi bos tak lepas lak..

ntah kenapa boss suka simpan aku nih buat nyemak je kat department tuh..

Nak kata bagus...tak de pun dia bagi promotion ke apa...

Dari dulu sampai le sekarang..tang tu jugak....

Nasib Badan....Nak kena Ubah nasib nih...Takkan berubah selagi kita sendiri tak merubahnya.

Ya Allah..semoga aku akan berjaya...AMIN..

Sunday, January 24, 2010

Badminton Super Series Malaysia Open

Malaysia Boleh...

Datuk Lee menang..mmg di jangkakan...menewaskan Boonsak Ponsana 21-13, 21-7.

Dan KK Kiat & TB Heong ( betul ke aku eja nama depa nih) menewaskan beregu china...dalam rubber game..memang membanggakan.

Berbaloi aku langgan astro sport package walaupun mahal.

Dan berbaloi duit rakyat digunakan oleh kerajaan untuk BADMINTON.

MAJULAH BADMINTON UNTUK MALAYSIA

Wednesday, January 20, 2010

Penatnyaaa...

Lama betul aku tak menulis sesuatu di dalam diaryku ini...

kenapa...biasa le..banyak keje kat ofis....

Banyak macam mana ? banyak gila....Kalau keje nak meet deadline...cam gini le...

Isnin Selasa...kol 9 baru balik..sampai umah kol 9.30...baru le terhegeh2 nak gi amik
si kecik tuh...abangnya ayahnya keje pagi...boleh le gi amik awal..si kecik..
ayahnya tak reti nak handle lagi...

Ari ni..rabu...balik awal sikit..kol 8..sampai umah kol 8.30..kalau tak jam la..

khamis jumaat....balik kol 7..sampai umah tgk keadaan..sebab masa tuh selalunya jalan jam...
mau kol 8 selalunya...

ari sabtu..dtg le keje sampai kol 1...aduuhh...

Tapi...walau apa2 pun.....masih boleh survive....

Saturday, January 16, 2010

Hafiz dah boleh Duduk

Hafiz dah boleh duduk...tapi skill merangkak tak dapat lagi....








Gambar umar mesti nak kena ada..kalau tak de..nanti merajuk...


Hafiz and his new Walker----by Sweet Cherry





Inilah Hafiz di dalam Walker barunya.... first time masukkan dalam tu..melalak dia..takut barangkali...sekarang ni...OK sudah....










Powered By Blogger