Friday, April 18, 2014

Jalan Jalan di Cameron Highland


Jalan Jalan di Cameron Highland Pada Dec 2013.

Ma & Abah, Aku satu family, Mariami and Family, Nor and family, Nabilah & Izzat.

Bertolak dari Tapah, ini Gambar Tepi Jalan Ladang Teh, Nor and Family belum sampai dari Kuantan.


Bergambar di tugu Tempat bermalam, Greenhil resort. Bersebelahan dengan Heritage Hotel.


Melihat Sayur sayuran di Big Red Srawberry Farm di Brincang. penat gileerr nak panjat sampai ke atas





Friday, April 9, 2010

Aku kena Tag ??? aiyoyo...

Bismillahirrahmanirrahim....

kumulakan dgn lafaz indah...utk perkara yg pertama ku buat..ni hotmama punya keje mengtag aku...he he..mai tgk..ok tak tag pertama aku..

1)ADAKAH ANDA MERASA ANDA HOT??

hhhmmm..biasa biasa ajeer laaa kita...


2) Wall Paper sekarang


3) Cerita pasal gambar ni

Ni gambar kedua puteraku sewaktu raya aji tahun lepas..ku suka sgt...

4) Kali terakhir makan pizza

hhmmm..kalau tak silap...bulan 3 ari tuh..awal bulan rasanya..tak berapa ingat..esok nak gi makan lagi ni...

5)Lagu terakhir aku dengar ?

Lagu membebel si Umar kat depan TV skang tu..

6) Apa anda buat sambil menyelesaikan tag ni

jaga anak2 leee...

7) selain nama sendiri..anda dipanggil nama apa

Ibu oleh anak2 ku..gelaran yg amat ku bangga kan

8) Tag lagi 5 org anda nak Tag

-Annsyifa
-Norazrani Maamin
-lady Of Leisure
Shaha aka mum yalya
-SueAleen

9) Siapa org no 1 bagi anda

Ann syifa ni..org kaya..sbb ada richNfamous..he he..

10) Katakan sesuatu pada org no 5

Nanti dtg amik gambar kita yek ngan kamera tuh

11) No 3 ada hubungan ngan siapa

Ada hubungan ngan saya lah..rakan ratu hati :)

12) Kata2 cinta untuk orang no 4

Cinta mu ..Cinta ku..Cinta kita semua..fren 4eva

13) Berikan 5 yg anda tahu ttg org yg tag anda

-A hot Mama
- Live in Klang---org kampungku..
- have A Cute Son
- Married to A chinese Man
- belum accept lagi facebook friend req aku tu....


OK TAKKKKKK?????? HE HE HE ...TAG LAGI JGN TAK TAG







Monday, April 5, 2010

Bersawangnya....

Dah lama ku tak menulis di sini..sebab masa banyak di habiskan utk menguruskan kedai online ku yg tak seberapa tu..

tapi tak pe..sebab aku suka sangat...suka sangat bila ada org beli...suka sangat bila ada sambutan..

harap2 kesukaanku ini akan dapat bertahan sampai lah...sampai bila2 aku suka leee...

Saturday, March 20, 2010

Status VSS ku

Ya...inilah dia...surat jawapan kepada Permohonan VSS ku...korang nampak tak apa ditulis tu ?

Boss aku cakap ni adalah last VSS offer ? next time no more ? ye ke ?

hampeh..tak pe...keluar lagi..aku amik lagi...


Sunday, March 7, 2010

Ya Allah..mandulkanlah mereka...

Buletin utama tadi...kat Korea..pasangan di tangkap kerana membiarkan bayi perempuan mereka yg berumur 3 bulan mati kebuluran..sdgkan mereka sibuk membesarkan bayi maya di cyber cafe...

baby tu mmg nampak tinggal tulang ajerr...

kenapa la sekarang ni dah jadi macam niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

geramnya akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Ya allah...mandulkan lah merekaaaaa.............

Friday, March 5, 2010

Tergamaknya Hati mu....

Baru beberapa hari...terkedu dgn peristiwa adik Humaira yang comel..dipijak dan di tendang oleh seekor syaitan lelaki yang di kenalinya..iaitu teman lelaki kepada betina yang melahirkannya...

Dan hari ini..terkedu lagi sekali dengan kematian adik yang berbangsa india yang comel jugak..ku tak ingat namanya...yang berusia 18 bulan..yang juga di tendang dan di pijak sehingga patah tulang rusuk dan pecah organ dalaman...

Kesiannya anak2 ini..pilu rasa hati....hampir sebaya dengan anak2 ku.

Ku harapkan...hukuman setimpal akan di kenakan di dunia ini...biar puas hati semua manusia yang mengetahu kisah sedih dan kejam ini...

Di akhirat nanti..ku tahu..mmg balasan adil yang Allah akan kenakan kepada syaitan2 ini...

Thursday, March 4, 2010

HAPPY B'DAY TO YOU ...........

aku sudah terlupa bangat...semalam anak sulungku punya birthday..aku bikin sibuk di resoran orchid thai sama teman2 dinner...apa punya ibu aku ini...

Eppy Birthday untukmu anak ku Umar Jazimi..You are my life...semoga besar nanti..menjadi anak yang soleh..manusia yang berguna...

Malam ini...rancangannya..mau pegi libur libur..makan makan untuk celebrasi birthdaynya..makan cuma mungkin di mac donald atau KFC...

-----------------------------------------------------------------

Kenapa aku cakap serupa indon gitu..sebabnya..sekarang ini..ada visitor dari indonesia ...datang mahu belajar system di sini..jadik..aku pun seronok dan terikut gaya bahasanya..seronok dong cakap bahasa indon...


Gap Pyjamas 2 pairs for RM 50 http://babiesNkidz.blogspot.com

Wednesday, February 24, 2010

Yang Terhangat.........

Setelah lama menyepi...kerana apa yek ? sebab tak de apa2 nak dituliskan kot...ooohhh...sebenarnya ada update...tapi..asyik sibuk mengupdatekan kedai online..


Apa yang hangat ? Yang paling hangat kat tempat keje aku ari nih...

Borang PPS (Pemisahan Pekerja Secara Sukarela) ataupun dlm bahasa inggerisnya VSS .

Dah ada department yg dapat pun..tapi section aku senyap ajerr...boss tak nak cut manpower ke?

Kalau aku dapat borang..aku pun nak sign..lepas tu terserah la pada rezeki masing2.

Alhamdulillah....

Sunday, February 14, 2010

Aksi Umar dan Hafiz



Umar is playing Feeding Freenzy.




Hafiz Standing proudly in his Carters' Suit.

Wednesday, February 10, 2010

Ku Tujukan Khas kepada Parents baby 5 bulan yg meninggal di dera

Kepada Ibu Bapa bayi tersebut..


Kepada Ibunya :
 Aku tak tahulah ibu jenis apa kau ni..anak 5 bulan ..dah nak hampir mati baru bawak pegi sepital ? sebelum ni...kau biarkan anak kau tu menderita cam tu ke ? Memang kau jenis yang tak tahu menghargai anugerah Allah. Sepatutnya sebagai seorang Ibu..kau mesti mengutamakan anak terlebih dulu daripada diri sendiri.
Kau mensia2 kan kehadiran syurga di bawah telapak kakimu..Masih Layak kah kau untuk menjadi seorang Ibu ?

Kepada Bapanya :
Ni lagi satu jenis...Buta Hati dan Buta Mata...Haruan makan anak..Allah dah rampas perasaan kasih dan sayang daripada Hati mu...Apa lagi yang tinggal untuk dirimu ?

------------------------------------------------------------------

Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal di dunia dan akhirat di Atas perbuatan kamu berdua kerana tidak menjaga Amanah Allah dengan sebaik2 nya..Dan..dengan perasaan yang sakit hati..aku mengharapkan kamu dijatuhi hukuman di atas kanun keseksaan seksyen 302...andai sekiranya terlepas...aku mengharapkan semoga Allah tidak memberikan apa2 lagi amanah kepada kamu berdua.

Tetapi..itu hanyalah Emosi aku..kerana sesungguhnya ku tidak tahu apa yang Allah ada untuk kamu berdua..kerana..Allah itu maha pengampun.


Anakmu itu..hampir sebaya dengan anak ku wahai manusia...
Powered By Blogger