Yes, kali ni Family Trip ke PD plak...kat Tanjung Gemuk..Port Dickson..
My Family and My sister Family plus my youngest brother.
Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12noon, lalu sepang dan lukut, sampai di Glory Beach Resort lebih kurang pukul 1 lebih (hampir2 kol dua, sbb termakan buah langsat tgh jalan@sesat)
RM 220 for 2days 1 night. Ada 2 bilik , 1 bilik air , meja makan, sofa, tv, cerek, microwave, rice cooker, refridgerator , pinggan mangkuk ; sudu garfu ( tapi kitaorg tak guna sbb apartment ni owner dia chinese). Kita org bawak pinggan mangkuk cawan polisterine. Lepas pakai terus buang.
Bilik dan ruang tamu semua ber'aircond'. Tilam Bantal disediakan extra (Tapi kami bawak toto dan bantal sendiri..hik hik hik).
Perkara pertama sampai, apa lagi ...LUNCH le sbb masing2 perut dan mintak isi...Menu Lunch , Nasi minyak dan acar jelatah ( my sister), telur mata dan ayam masak merah (myself). Lepas makan solat zohor dan duduk2 sambil tunggu hujan reda -> nak gi pantai dan main kolam.
Ini View Dari Balkoni, melihat pemandangan sambil menikmati nasik minyak
Bilik Utama..lupa nak snap bilik no.2.
Ruang Tamu...
Ruang Dapur
Shared bathroom...Hati2 sebab ada 2 pintu..
Turtle Hut, don't know for what..tak de turtle pun..sebab bagi mkn Penyu sebelah tepi Kolam sana.
Selepas Hujan Berhenti...Jom turun...
Laut tgh Surut.. Boleh pegi Nun jauh DI sana...
Tapi Air tak syiok, berselut..kalau nak mandi laut kena gi Teluk Kemang le...
Nasib baik boleh pakai baju biasa...Tapi Abang dan Adik mmg pakai swimsuit...
Sebab weekend, ramai betul orang..peduli apa..belasah je le..
Satu-satunya gelongsor untuk anak2..di kawasan kid's pool
Budak Bucuk belajar menyelam
Malamnya, lepas maghrib @ 8 mlm kitaorang berbbq pulak, hujan renyai2, nasib baik dapat port bawak khemah, dan ada staff Glory yang baik hati bagi pada kitaorg dapur bbq yg dah habis org pakai ( org tu bbq ptg kot) sbb kalau nak harapkan dapur bbq kitaorg yg kecik comei tu + masing2 terkial2 nak hidupkan bara..alamat kelaparan le ...Staff Bangla tu siap tolong tambahkan arang, hidupkan api sampai settle...Terima Kasih diucapkan...
Menu BBQ - Kepak dan Paha Ayam , udang, sotong, hotdog, nasik putih dan air teh.
sempat jugak kitaorg ronda2 kat kawasan high class Lexis dan Grand Lexis tu...uuiihh..memang grand betul.
Habis BBQ balik bilik..lepak2 dan tidoooo.
Pagi besoknya..breakfast Nasik Lemak ( Sambal siap2 bawak dari rumah, cuma masak nasik dan telur rebus ajer). Lepas breakfast sambung main kolanm dan pantai (budak bucuk tak suka pantai sbb masin mcm ikan masin katanya)
Kol 1 check out, dan teruskan expedisi ke Muzium tentera darat.
My sister, niece, brother and son
My Budak Besar
My sister and I
Best betul dapat naik Titi Gantung ni. tapi pendek ajer..tak mencabar langsung....ingat zaman sekolah naik Titi gantung kat Bukit Cerakah.
Budak Bucuk kepenatan...Seronok Pegi PD.