Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, November 9, 2009

Galactagouge..yang berkesan untuk aku

Sebenarnya..dah beberapa item aku dah try utk menambahkan susu ku yang tak seberapa ni..
seperti yang aku baca di mana2..di beritahu oleh sesiapa sahaja..

oppss..apa itu galactagouge ye..pelik betul namanya..aku nak menyebutnya terbelit2 lidah..yang aku eja ni pun..ntah betul ntah tidak..tapi aku malas le nak check kat mana2..

galactagouge ni maksudnya agen penambah susu..seperti di bawah

1) herba - ..habbataussauda, halba

2) buah- ..barli..laici..kurma...air rebusan longan kering..air soya..tauhu..soya based product..kekacang..oat..

3) sayuran - lobak putih, sengkuang, daun cekur manis..apa2 sayuran pucuk ..jantung pisang..

dan bermacam-macam lagi..jenuh la aku nak menyebutnya nanti...sebenarnya apa2 aje yang berkhasiat..

Dan perlu di ingat..tak semestinya menjadik pada ibu lain..menjadik pada anda..

Aku sendiri telah mencuba habbatussauda..air rebusan longan kering...lobak putih..tak berapa menjadik padaku..mungkin akan mengambil masa...

Tapi..aku telah mecuba quacker oat..sebenarnya untuk reduce kan kolesterol level yang terlampau...dan tanpa di duga..breastmilk supply pun turut bertambah..alhamdulillah..

Jadik..to all mommiess..jgn cepat give up..kalau susu kurang..must try everything you can..everything you ever heard off...dan yang paling penting..pilih makanan yang berkhasiat sahaja...



Wednesday, October 28, 2009

Hero ku yang pertama..Umar jazimi...

Betapa indahnya dunia breastfeeding...dan aku hanya mengenalinya selepas kelahiran anak keduaku...kenapa? Ada beberapa penyebab kepada kejahilanku pada kandungan yang pertama...

Waktu tu..apa yang aku rasa...alaaaahhh...lepas beranak nanti mesti ada susu..tapi apa yang berlaku..amat menyedihkan ku..dan sungguh ku tak sangka...anakku terpaksa admitted sebab kepalanya ada bentuk ring (kemerahan) sebab process vacuum...(terpaksalah vacuum sebab beratnya dah 4.45kg..tak larat ku nak meneran..doktor estimate 3.8kg ajerr)..dan tambahan lagi aku ada kencing manis..nak kena monitor gula dalam badan baby..ari2 kena amik darah kat kaki..cian dia..dan waktu tuh...susu aku tak de langsung..ada le dua tiga titik..mana nak lalu dia....Ampuan Rahimah laks hospital rakan bayi..susu tepung diharamkan bawak masuk..jadik melalak le anakku nak nunggukan susu hospital yang 4 jam sekali tuh..(padahal hospital pun bagi formula..tapi ibu nak bagi kat baby tak bagi).

Lepas 5 hari kat sepital..aku balik berpantang kat umah adik aku kat puchong...ada le bidan dtg urut nak bagi kuar susu..tapi tak jalan...

Al-maklum waktu itu aku tak berapa educate sangat pasal breastfeeding..walaupun ibuku membebel suruh aku bagik tetek kat baby..katanya 'bagi aje..lama-lama nanti susu kuar le'.

Aku dah fed-up ngan pengeluaran susuku..maka aku stop bagi kat baby..(malas berusaha betul)..Jadi anak pertamaku fully bottle fedding..aku rasa senang..aku boleh makan ape ajerr..tak mengganggu selera...(perasaan pada waktu itu la)..

Bila baby ku berumur sekitar 4 bulan ke atas ( ku tak ingat exactly la)..2 kali admitted kat Selangor Medical Centre (sekarang ni KPJ Selangor Specialist Hospital)..badannya tak berapa kuat antibodinya..mungkin kerana tak mendapat susu ibu...dan sampai le sekarang..anak sulung ku senang mendapat selsema..pantang ada yg kurang sihat sikit kat umah babysitter..dia le yg pertama infected..

Jadi..aku berazam..anak kedua nanti..aku nak breastfeeding....Walaupun sedikit.....
Powered By Blogger