Wednesday, February 24, 2010

Yang Terhangat.........

Setelah lama menyepi...kerana apa yek ? sebab tak de apa2 nak dituliskan kot...ooohhh...sebenarnya ada update...tapi..asyik sibuk mengupdatekan kedai online..


Apa yang hangat ? Yang paling hangat kat tempat keje aku ari nih...

Borang PPS (Pemisahan Pekerja Secara Sukarela) ataupun dlm bahasa inggerisnya VSS .

Dah ada department yg dapat pun..tapi section aku senyap ajerr...boss tak nak cut manpower ke?

Kalau aku dapat borang..aku pun nak sign..lepas tu terserah la pada rezeki masing2.

Alhamdulillah....

Sunday, February 14, 2010

Aksi Umar dan Hafiz



Umar is playing Feeding Freenzy.




Hafiz Standing proudly in his Carters' Suit.

Wednesday, February 10, 2010

Ku Tujukan Khas kepada Parents baby 5 bulan yg meninggal di dera

Kepada Ibu Bapa bayi tersebut..


Kepada Ibunya :
 Aku tak tahulah ibu jenis apa kau ni..anak 5 bulan ..dah nak hampir mati baru bawak pegi sepital ? sebelum ni...kau biarkan anak kau tu menderita cam tu ke ? Memang kau jenis yang tak tahu menghargai anugerah Allah. Sepatutnya sebagai seorang Ibu..kau mesti mengutamakan anak terlebih dulu daripada diri sendiri.
Kau mensia2 kan kehadiran syurga di bawah telapak kakimu..Masih Layak kah kau untuk menjadi seorang Ibu ?

Kepada Bapanya :
Ni lagi satu jenis...Buta Hati dan Buta Mata...Haruan makan anak..Allah dah rampas perasaan kasih dan sayang daripada Hati mu...Apa lagi yang tinggal untuk dirimu ?

------------------------------------------------------------------

Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal di dunia dan akhirat di Atas perbuatan kamu berdua kerana tidak menjaga Amanah Allah dengan sebaik2 nya..Dan..dengan perasaan yang sakit hati..aku mengharapkan kamu dijatuhi hukuman di atas kanun keseksaan seksyen 302...andai sekiranya terlepas...aku mengharapkan semoga Allah tidak memberikan apa2 lagi amanah kepada kamu berdua.

Tetapi..itu hanyalah Emosi aku..kerana sesungguhnya ku tidak tahu apa yang Allah ada untuk kamu berdua..kerana..Allah itu maha pengampun.


Anakmu itu..hampir sebaya dengan anak ku wahai manusia...
Powered By Blogger