Thursday, December 3, 2015

JVC MOMENTO

Sedihnya tgk JVC dah tinggal tanah...hhmmm...imbau kembali kenangan dengan kawan2...baru berkesempatan untuk upload gambar.


hari2 terakhir di JVC..rework je yg banyak..
 
 Nasi Briyani Gam Ayam

  Desert adalah PotLuck Masing2


PAD Members Kat Lobby. Mr.Mazlan & Ms Liew Sitting.
Dari Kiri, Ng, K.Zai, Kumari,Liana, Jeya, Myself, K.Ayu, Ani

 
   
Ng & I..X-Planner Tegar di JVC. Skrg dah membawa diri masing2
 



Bersama MD, Mr.Lim, Mr.Leong, Kak.Gee

Semoga semua kawan2 dan Bos2 berjaya di luar sana.

Wednesday, April 1, 2015

Hari Keluarga - Anak Cucu Mak Timah

Berpeluang untuk first time ber'family day' .... kat mana ?..kat Homestay Orchard Santika,  Hulu Langat , Selangor. 

Family day pada 21/Mac ~ 22/Mac...tapi ada yang dah kat sana bermula 20/Mac (malam) untuk prepare 'makanan' utk hari esoknya pabila Family day bermula.

Scara Ringkas Atur Cara Majlis.

21/Mac (malam) : Ketibaan Tukang Masak, Pengaturcara dan Penganjur ( Termasuk family aku, sajer pergi awal sebab ada tukang masak atas keta -.semestinya bukan aku)

22/Mac : 
Breakfast ->  Mihun Goreng & Kuih Muih.
Persediaan Hidangan Tengah hari dan Acara Sukaneka
Lunch -> AsamPedas, Sup Kaki ayam, Ulaman, Nasik putih, telur Dadar, ikan masin
Suka Neka -> Lepas Zohor
Petang -> Acara Penyampain Hadiah
Maghrib -> Solat Jemaah bagi Lelaki
Malam -> BBQ

23/Mac :
Breakfast -> Nasik Goreng, Nasik Lemak
BALIK

Jom layan gambar kenangan...

Selamat Datang dari Homestay Orchard Santika


Sungai di tepian Homestay..air paras Paha ajerr..

SukaNeka Time

Baling Belon Berisi Air ..Yey..3rd Place...

Budak Besar dapat 3rd Place jugak acara Cari Syiling dalam Tepung

Budak Bucuk dan sepupu sepapat. Budak Bucuk dapat 2nd Place Isi air dlm cawan guna Span.
Kira Canteq la..Satu family semua dapat hadiah masing2...kira ada 3 hamper.

Keluarga Besar Mak TImah...tu pun tak semua anggota family hadir. dan 3 families totally absent..

Keluarga Kecik kami

Ni Acara Malam..BBQ sate, Kambing, Ayam, Ikan, Hotdog, cendawan

Lapar pulak tgk gambar makanan

Sebelum bertolak balik..Cendol Free dari Owner Homestay..mestila BEST..


 Bersama Owner... 

Keluarga Besar memang seronok ada gathering cam ni..paling best waktu sukaneka...happeningssss...

Wednesday, February 4, 2015

Glory Beach Resort -> Port Dickson


Yes, kali ni Family Trip ke PD plak...kat Tanjung Gemuk..Port Dickson..
My Family and My sister Family plus my youngest brother.

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12noon, lalu sepang dan lukut, sampai di Glory Beach Resort lebih kurang pukul 1 lebih (hampir2 kol dua, sbb termakan buah langsat tgh jalan@sesat)

RM 220 for 2days 1 night. Ada 2 bilik  , 1 bilik air , meja makan, sofa, tv, cerek, microwave, rice cooker, refridgerator , pinggan mangkuk ; sudu garfu ( tapi kitaorg tak guna sbb apartment ni owner dia chinese). Kita org bawak pinggan mangkuk cawan polisterine. Lepas pakai terus buang.

Bilik dan ruang tamu semua ber'aircond'. Tilam Bantal disediakan extra (Tapi kami bawak toto dan bantal sendiri..hik hik hik).

Perkara pertama sampai, apa lagi ...LUNCH le sbb masing2 perut dan mintak isi...Menu Lunch , Nasi minyak dan acar jelatah ( my sister), telur mata dan ayam masak merah (myself). Lepas makan solat zohor dan duduk2 sambil tunggu hujan reda -> nak gi pantai dan main kolam.

Ini View Dari Balkoni, melihat pemandangan sambil menikmati nasik minyak

Bilik Utama..lupa nak snap bilik no.2.

Ruang Tamu...

Ruang Dapur

Shared bathroom...Hati2 sebab ada 2 pintu..

Turtle Hut, don't know for what..tak de turtle pun..sebab bagi mkn Penyu sebelah tepi Kolam sana.

Selepas Hujan Berhenti...Jom turun...

Laut tgh Surut.. Boleh pegi Nun jauh DI sana...


Tapi Air tak syiok,  berselut..kalau nak mandi laut kena gi Teluk Kemang le...


Nasib baik boleh pakai baju biasa...Tapi Abang dan Adik mmg pakai swimsuit...

Sebab weekend, ramai betul orang..peduli apa..belasah je le..


Satu-satunya gelongsor untuk anak2..di kawasan kid's pool


Budak Bucuk belajar menyelam





Malamnya, lepas maghrib @ 8 mlm kitaorang berbbq pulak, hujan renyai2, nasib baik dapat port bawak khemah, dan ada staff Glory yang baik hati bagi pada kitaorg dapur bbq yg dah habis org pakai ( org tu bbq ptg kot) sbb kalau nak harapkan dapur bbq kitaorg yg kecik comei tu + masing2 terkial2 nak hidupkan bara..alamat kelaparan le ...Staff Bangla tu siap tolong tambahkan arang, hidupkan api sampai settle...Terima Kasih diucapkan...
Menu BBQ - Kepak dan Paha Ayam , udang, sotong, hotdog, nasik putih dan air teh.
sempat jugak kitaorg ronda2 kat kawasan high class Lexis dan Grand Lexis tu...uuiihh..memang grand betul.
Habis BBQ balik bilik..lepak2 dan tidoooo. 


Pagi besoknya..breakfast Nasik Lemak ( Sambal siap2 bawak dari rumah, cuma masak nasik dan telur rebus ajer). Lepas breakfast sambung main kolanm dan pantai (budak bucuk tak suka pantai sbb masin mcm ikan masin katanya)  
Kol 1 check out, dan teruskan expedisi ke Muzium tentera darat.
My sister, niece, brother and son

My Budak Besar

My sister and I





Best betul dapat naik Titi Gantung ni. tapi pendek ajer..tak mencabar langsung....ingat zaman sekolah naik Titi gantung kat Bukit Cerakah.

Budak Bucuk kepenatan...Seronok Pegi PD.