Sempena cuti sekolah dan cuti Hari Malaysia,( setelah lama teringin nak ke Janda Baik), akihirnya dpt jejak kaki jugak..
14/Sept 2014, Plan nak bertolak seawal mungkin, tapi bila hujan agak lebat...jadik tunggu la reda dulu ( Anak2 pon tgh tido) . Sesambil Sambil tunggu hujan reda, aku masak Nasi , rebus Hotdog, Panaskan Ayam Mas (meme beli mlm sebelum utk buat bekal Lunch).
Lupa hujan reda bila, agak2 kol 9 kot baru kami bertolak dari rumah, singgah breakfast di Saujana Utama . tapau 8 bungkus nasik lemak..utk lapik perut sebelum waktu lunch.
Dekat sangat tempatnya, lepas Terowong Genting Sempah tu, masuk flyover utk ke R&R , pusing2 sikit, laaa....dah sampai pon Janda Baik ( TLess than 1 hr )
Ini persimpangan ...Teruskan perjalanan jika anda menginap di Hawa Resort, Teratak di hujung Kampung, Rumah Bonda, Zaini Guest House, Pondok Mak Ngah, ILMU dan ada beberapa nama lagi, tak ingat la.
Dan belok kanan sekiranya menginap di Pondok Impian (mcm kitaorg ni). Resort2 lain yg sama jalannya seperti Saujana, Le'Manah, Teratak Pak Lah, dan Saufiville,
Ni rumah Traditional, betul2 depan Pondok Impian, tapi lupa nak tanya ni sapa punya.
Mcm tak de orang, tapi mlm2 lampu di pasang, dan bahagian belakang (mcm dapur la kot) mmg ada penghuni
Jeng Jeng, Inilah Pondok nya...Pintu Masuk
Ni rumah kediaman Pak Cik dan mak Cik ni. (Pengurus)
Jom Layan gambar di sekitar Pondok Impian.
Sampai2 je terus melompat dlm Kolam budak berdua ni, walaupun hujan rintik2 dan cuaca sejuk...budak2 mmg tak de deria sentuhan sejuk rasanya.
Dormitory utk booking yang ramai ( bathroom provided)
Di tingkat atas tu adalah Nora Suite (Yg paling mahal di sini)
Deretan Family Room , RM 160 semalaman. Ada 4 , Haziq ( bersebelahan pool) , Farah, Balqis, alamak..satu lagi tak ingat apa namanya. Dan paling hujung sana..adalah swimming pool.
Bilik kitaorang...ada baju bersidai, Balqis namanya , berhampiran kolam ikan.
Gambar Sebelah Sini.
Dan Gambar Sebelah Sana. Ada Pondok utk monitor anak mandi kolam...Di sebelah sana ( tak berapa nampak) ada 2 bijik Wooden Hut yg kecik, sesuai utk Berdua , atau Berdua dgn si anak kecik.
Suasana bilik kitaorg, Ada 1 single dan 1 double . Selesa utk kitaorg.
Itu adalah pintu bilik air, Tip Top condition. Kebersihan dan peralatan adalah 4*.
tak dpt 5* sebab Water Heater pressure very low. Terpaksa mandi air paip sungai yang airnya mcm air batu. Ada small TV, tapi channel Kerajaan je le@ RTM/MediaPrima.
Ada Aircond (good condition), almari utk simpan bag , sejadah, dan tiny mini fridge.
OK la, boleh guna utk simpan air kotak budak2 ni.
Lepas Mandi Kolam, berehat tuk Lunch sekitar kol 3 ptg, ada balance nasik lemak 2 bungkus ( 6 bungkus dah makan kat pondok tepi kolam ) . Lunch nasik putih , kuah kicap ajerr, HotDog rebus ( ada 20ketul tapi tinggal 3 ketul je sbb dah mkn waktu main kolam) ) dan Ayam Mas.
tiba tiba ...BETUL BETUL BETUL ( kata budak tu tanpa sebab - sebab pegang ayam upin ipin)
Lepas Lunch, berehat dan tido sekejap sebelum ronda2 Kg.Janda Baik.
Keesokan harinya utk breakfast, memang dah plan nak mkn NASIK LEMAK glamer "tepi jambatan" yg blogger2 selalu tulis tu. Nampak tak warung makcik tu kat ujung tu...ini kah tempatnya ? description cam dah betul, tepi jambatan, tepi sungai, makcik tu la cashier, dia la tukang bungkus, dia la tukang kemas, tapi, bila makan...hhhmmm...2* only out of 5*. Dan pulut manis tak berapa fluffy..out jugak.
Kalau datang lagi sekali..memang tak kan repeat kat sini. Akan carik tempat lain.
Nonetheless, we still tapau utk lapik perut sambil mandi sungai jap agi.
Berhadapan dgn warung gerai mak cik ni ada Surau. Surau At-Taqwa kalau tak silap.
Lepas balik breakfast, balik pondok , tukar baju dan mandi sungai. Dekat je ngan Pondok Impian, tak letih pon berjalan..dlm 2 minit je kot. Sesuai utk budak2 dan org tua yg tak reti berenang. Cetek dan Jernih.
nasib baik ada sinar mentari..tak de la sejuk sgt.
****************************************************
Ini cerita petang 14/sept, kitaorg sempat gi ronda2 Janda Baik pada petang hari...sempat pegi tgk Pulau Santap.
Rasanya kat Pulau Santap ni, nama sungai ni adalah Sungai Benus kalau tak silap ( kalau silap I'm sorry).
On the way nak ke Pulau Santap tu, terserempak ternampak Riverside Resort, betul2 tepi jalan utama (sapa ada anak tgh lasak kena monitor betul2 sbb very close). Imagine la saya amik gambar ni waktu atas kereta berenti tepi jalan.
Sungainya lebar, redup, air jernih dan nampak sungguh cantik, ditepi2 sungai ada pondok2 sewaan utk barbecue dan berehat (nampak tak pondok tu, nak sewa hari boleh, bermalam pon boleh). Chalet2 yg lebih proper ada diseberang jalan (not in the picture)
Oh ya...Janda Baik ni merata2 sungai, kdg2 aku jadik pelik, kat sana sungainya sebelah kanan, tapi bila kedepan sikit, jadik sebelah Kiri, pegi sana sungai, pegi sini sungai...sungainya bersimpang sior.
Drive sikit lagi ke atas, akan berjumpa pula ngan D'Ark Resort ( rasanya kalau tak silap) yg betul2 bersebelahan ngan KOBAIK.
Dan sungai ni betul2 sebelah KOBAIK chalet dan Pulau Santap venture Chalet. Area sini meriah sikit sbb ramai orang.
Parking KOBAIK chalet. (resot yg aku first called, tapi fully booked katanya, tapi bila aku pegi ari tu...sembang2 ngan penyewa (org ni siap terjah ajer carik yg kosong) ada 2 lagi kosong org baru check out.
(Ada yg cancell booking last minute kot.)
Pulau Santap venture Chalet yg org baru check out.
Sungai yang berhadapan dgn D'Ark Resort.
Ini pulak adalah DeRiver Resort, (bukan di pulau Santap) resort ni adalah sebelum simpang ke Pondok Impian. Cantik jugak suasananya.
Zaini Guest House...tak nampak suasana di dalam. Sama Jalan dgn Hawa resort.
***************************************************
Dan Sebelum Bertolak Balik 15/Sept 2014...kita bergambar kenang-kenangan .
Di hadapan Bilik BalQis
Mak Cik Mariaty (Isteri Pak Cik Tamam) . Boleh inform dia kalau nak order makan waktu stay kat sini.
Pak Cik Tamam Idris, dah tak larat nak berlakon lagi katanya.
Dan seterusnya..InsyaAllah akan kembali lagi pabila ada masa dan waktu yang mengizinkan.