Monday, September 8, 2014

Awasi Racun Putih @ GULA

Pernah dengar apa itu racun putih.?..itulah gula pasir...sudah terlalu byk artikel mengenai bahaya gula...saya ringkaskan :

Apakah itu gula@racun putih?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.
Apakah kesan UTAMA jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Meningkatkan paras trigliserid
4. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
5. Merosakkan buah pinggang
6. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
7. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
8. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
9. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
10. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
11. Penyebab sakit kepala
12. Meningkatkan tindak balas insulin
13. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
14. Penyebab ketidak seimbangan hormon
Jadi, ambil langkah pertama, kurangkan pengambilan gula dalam masakan dan minuman di rumah..bertukar kepada Pemanis Semulajadi Stevia. (Coretan Selanjutnya mengenai Stevia dan penggunaanya !!!)


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger