Wednesday, November 25, 2009
Untuk Para Ibu dan Bapa...
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :
1) Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102
2) Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
3) Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
4) Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
5) Supaya Suami tak kawin lain : Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
6) Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
7) Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
8) Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling
rumah
Semoga ada memberi sedikit manfaat.
yea yea..popularkan blog saya..yea yea..
Blog Blog Bicara Sempoi..<<<<< cool la bro...
Bagus ada blog cam nih...boleh all bloggers berkumpul reramai..
Dan tambah kenalan...
Tuesday, November 24, 2009
Huh..Tak terlintas Langsung nak maafkan dia...
Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Tiada ungkapan yang layak ditujukan kepada mana-mana pihak yang bercadang untuk membawa pulang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini melainkan mereka juga mempunyai jiwa Komunis.
Apa tidaknya, cadangan tersebut bukan sahaja akan melukakan hati anggota-anggota keselamatan seperti polis dan tentera malah mereka juga pasti mempunyai agenda tersembunyi di sebalik kenyataan-kenyataan itu.
Cuba bayangkan, jika Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, 85, mati dan jasadnya disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak, sudah pasti ia akan menjadi satu monumen yang akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan mengatakan ia adalah kubur seorang pejuang yang patut disanjung.
Mengulas mengenai isu tersebut, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani hanya memerlukan kepada tiga perkataan sahaja iaitu 'tiada maaf bagimu.'
"Perbuatan Chin Peng telah menyebabkan negara kita terlambat untuk berdaya saing dan mencapai ke arah kemajuan pembangunan, ekonomi dan sosial," katanya ketika dihubungi di Mekah semalam.
Petikan dari Kosmo Online
------------------------------------------------------------------------------
Eh..kampung Halaman dia Setiawan Perak ke ? Mana ada...Kampung Halaman dia Cina sana la..Kat Setiawan tu cuma tempat dia berhijrah aje...Jadik..Apasal lak mayat dia nak kebumi kat Perak..biar aje le kat Cina sana...Lagi elok kat sana..sedara sedari dia banyak..
Tiada Maaf Bagi Chin Peng dan Tak Patut Di maafkan sampai bila2
Monday, November 23, 2009
Keropok Lekor dan TAUN di Terengganu
Minggu lepas makan keropok lekor yang di beli daripada jiran, dan nasib baik tak de apa2. Ada niat nak kirim keropok losong sebab biras nak balik terengganu raya Aji nih..tapi memandangkan wabak masih merebak...On Hold dulu lah...
Dan AWAS ! Keropok Lekor kat pasar malam tu pun elakkan sebab kemungkinan besar di bekalkan dari Terengganu...
Friday, November 20, 2009
Di antara Garisan...
Betul ke ntah tajuk cerita semalam tu...yang kat ASTRO...di bintangi oleh Nor Khiriah dan sharifah Amani..
Mesej ceritanya memang sampai...amat bagus sekali...
ORANG BAIK2 sekarang..jangan asyik nak menghukum dan menghina orang2 yang jahat...
Memang kita mesti amar makruf nahi mungkar...tapi..bak kata orang..kena ikut procedurelah..macam citer semalam tuh..ade ke terus dibelasahnya si Ayu tuh..si Ustaz tuh tak pernah ke baca sirah rasulullah pasal perempuan berzina ni..mari aku refresh secara ringkas...
Ada seorang perempuan yang telah mengandung datang berjumpa rasulullah saw dan mengaku telah berzina...tapi rasulullah mintak perempuan tu balik dulu dan datang kemudian selepas bersalin..kemudian perempuan tu datang lagi..dan rasulullah menyuruh perempuan tu datang kembali selepas habis penyusuan anaknya iaitu selepas dua tahun...selepas 2 tahun barulah perempuan tu datang kembali dan barulah hukuman rejam di laksanakan...
Betapa mulianya Islam...Rasulullah sendiri mengambil masa yang sesuai untuk melaksanakan hukuman rejam sehingga mengambil masa bertahun2.
Tak de le macam cerita semalam tuh..perempuan tengah mengandung di belasah..gilerr betul..
Dan Ustaz dan Wirda tu..biar dia sedar sikit...langit tak selalunya cerah..jgn ingat bila serban tebal..tudung labuh...tak boleh terjerumus dalam maksiat nih..
Walaupun sepatutnya golongan macam nih yang lebih2 lagi kena menjaga kesucian Islam..
Hakikatnya..
Iman itu terletak pada Hati,
Bukan pada pakaian,
Tetapi Jagalah pakaian untuk melambangkan kepercayaan,
Jagalah Hati supaya tetap Iman.
Wassalam....
Thursday, November 19, 2009
The correct way to eat instant noodles without harming ou r bodies
Best will be no Maggie mee !
Normally, we cook the instant noodles by putting the noodles into a pot
with water, throw in the powder and let it cook for 3 mins.
This is the WRONG method of cooking the instant noodles.
By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder,
normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG
causing it to be toxic. The other thing that you may or may not realized
is
that, the noodles are coated with wax and it will take around 4 to 5 days
for the body to excrete the wax after you have taken the noodles.
So the CORRECT method, which you may or may not know, is to cook the
noodles this way ?
1. boil the noodles in a pot with water.
2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away the
water which contains wax.
3. boil another pot of water till boiling and put the noodles into the
hot boiling water and then shut the fire.
4. only at this stage when the fire is off, and while the water is very
hot, put the ingredient with the powder into the water, to make
noodle soup.
5. however, if you need dry noodles, take out the noodles n add the
ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.
Hope this piece of information is of importance to your health in relation
to eating instant noodles and please apply this cooking method with
immediate effect.
Monday, November 16, 2009
Hari tu KangKung....Hari ni..Tauge laks...
Dan nasib baik...rupa-rupanya banyak kelebihan makan tauge nih...jom baca..
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.
Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Perlindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Jadi...kepada sesiapa yang memandang rendah kepada tauge (kerana ia sayur paling murah ?tak sedap ?)..belajar-belajar le makan tauge...sememangnya ia amat enak !!!
Friday, November 13, 2009
Rayban pulak...
Lunatots..lagi lagi Luna
Thursday, November 12, 2009
Buletin Utama semalam...11/Nov@8pm
dalam buletin utama semalam yang bercerita pasal malaysia dan Indonesia..
Waktu nak end cerita berita tuh..ada upacara toss drink between both prime ministers and the wives...air dalam gelas yang modern..gelas lebar kaki panjang..dan..
airnya warna jerneh..cam air kosong..AIR MINERAL ke ? tapi..ada ke org minum air mineral
toss cam tu ? ice cream soda kot ? or..air 7 up? or sprite ?...ntah...
Aku teringin nak tau.......
Wednesday, November 11, 2009
Lunatots.....luna..tots..i tot i taw a putty tat..
Kalau sebenarnya aku bagi alamat ari tu kat umah Babysitter (kaka iparku)..tapi alih2 ari senin puan shikin mintak alamat lagi sekali..aku bagi aje le alamat umah aku..kebetulan cuti esoknya..baik aku aje yg receive.
tapi cam biasa aa...tak sempat le nak upload gambar kalau ari keje biasa..kena tunggu ari jumaat..almaklum le..harta syarikat...ari jumaat rehat panjang..boleh le aku kerjakan..
Terpikir laks..bila le nak beli PC sendiri....tunggu je la dulu..tak berkepentingan kot...
Monday, November 9, 2009
An apple a day keeps the doctor away ???...
Kita mungkin tak tau yang epal kat supermarket tuh..atau kat mana2 lah..dah bertahun sebenarnya..(of course le depa cakap stock baru..sebab baru masuk depa punya store)..tapi naper nampak baru eh? ..that is how WAX do the Job.
So...next time, bear in mind..if you are so lazy to peel the skin of an apple..remember what you eat.
Kalau tak percaya..next time you buy apples..do the waxing off of the skin yourself.
Galactagouge..yang berkesan untuk aku
seperti yang aku baca di mana2..di beritahu oleh sesiapa sahaja..
oppss..apa itu galactagouge ye..pelik betul namanya..aku nak menyebutnya terbelit2 lidah..yang aku eja ni pun..ntah betul ntah tidak..tapi aku malas le nak check kat mana2..
galactagouge ni maksudnya agen penambah susu..seperti di bawah
1) herba - ..habbataussauda, halba
2) buah- ..barli..laici..kurma...air rebusan longan kering..air soya..tauhu..soya based product..kekacang..oat..
3) sayuran - lobak putih, sengkuang, daun cekur manis..apa2 sayuran pucuk ..jantung pisang..
dan bermacam-macam lagi..jenuh la aku nak menyebutnya nanti...sebenarnya apa2 aje yang berkhasiat..
Dan perlu di ingat..tak semestinya menjadik pada ibu lain..menjadik pada anda..
Aku sendiri telah mencuba habbatussauda..air rebusan longan kering...lobak putih..tak berapa menjadik padaku..mungkin akan mengambil masa...
Tapi..aku telah mecuba quacker oat..sebenarnya untuk reduce kan kolesterol level yang terlampau...dan tanpa di duga..breastmilk supply pun turut bertambah..alhamdulillah..
Jadik..to all mommiess..jgn cepat give up..kalau susu kurang..must try everything you can..everything you ever heard off...dan yang paling penting..pilih makanan yang berkhasiat sahaja...
Friday, November 6, 2009
Let's have a laugh...
A store that sells husbands has just opened in New York City, where a woman may go to choose a husband. Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates.
You may visit the store ONLY ONCE ! There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights. There is, however, a catch . . .. you may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building!
So, a woman goes to the Husband Store to find a husband .
On the first floor the sign on the door reads:
Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.
The second floor sign reads:
Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.
The third floor sign reads:
Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking.
"Wow," she thinks, but feels compelled to keep going. She goes to the fourth floor and sign reads:
Floor 4 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop- dead good looking and help with the housework.
"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can hardly stand it!" Still, she goes to the fifth floor and sign reads:
Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop- dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.
She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:
Floor 6 - You are visitor 4,363,012th to this floor. There are no men on this floor.
This floor exists solely as proof that women are impossible to please.
JVC Staff Sales
Thursday, November 5, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Mie YaBi...50% HALAL..???
Pemakanan ku sewaktu Hamil
Paling bahaya..baby dalam perut boleh meninggal..kenapa? sebab bila glukos dalam darah terlalu tinggi..kepekatan darah bertambah dan akan mengurangkan kandungan oksigen dalam darah untuk disalurkan kepada bayi.
Kedua..diabetis juga boleh melambatkan paru2 bayi matang..kenapa? yg nih aku tak tanya doktor..jadik aku tak tau..
yang nyata..diabetis adalah bahaya kepada kandungan dan perlu di kawal...
jadik...dietku seperti yang disarankan oleh dietician..
--------------------------------------------------------------
breakfast : 4 keping biskut kering + air kosong ( amik BSP 2 jam lepas tuh gula dlm 6 mol)
kalau nak minum teh/kopi ..mesti tanpa gula...susu anmum coklat tak boleh..anmum biasa tu pun 2 camca besar aje..tapi aku tak minum sebab kalau minum anmum sure kantoi BSP....
Tea break : 4 keping biskut kering + air kosong
Lunch : nasik sikit gila (2 susu besar aje)..sayur 2 jenis (penuh pinggan ngan sayur aje)..ikan seekor ( aku jarang amik ayam..takut baby dlm perut besar)..tempe/hati/tauhu sikit..ni utk naikkan hB...................amik BSP lepas tuh dalam 6.5 mol + betik sepotong + air kosong
Tea-Break : 4 keping biskut kering + air kosong
Dinner : selalunya aku amik yang bersup aje..tu pun sikit..selalunya mee tiau sup.
-------------------------------------------------------------------------------
Itulah selalunya yang aku makan..sebab aku kerja..jadik 5 hari seminggu diet aku lebih kurang seperti di atas..kecuali bila ari cuti dan sabtu ahad..diet aku akan lari sikit sebab kat rumah susah nak control...
Pantang makan : Susu pekat manis..Jus buah..nasik lemak..roti canai..milo...air bergula..air berkarbonat..roti putih..mee kuning..
Tuesday, November 3, 2009
Kencing manis semasa Hamil
Dan aku pun..dua kali Hamil..2 kali le kena diabetis...
Diabetis sewaktu kehamilan yang pertama
Masalah yang aku alami sewaktu kehamilan yang pertama ialah Hb rendah pada awalnya..tapi itu telah dapat di atasi dengan memakan makanan tinggi zat besi seperti kerang, hati dan bayam serta mengampil pil ferrus fumerate yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan.
Waktu minum air gula yang pertama..aku lepas..tiada kencing manis..tapi waktu kandungan berusia 7 bulan..dan minum air gula yang pertama..aku kantoi..dah ada kencing manis..zaaassss...kena masuk sepital Ampuan rahimah for sugar stabilization..beberapa hari kat situ..aku boleh kuar tapi kena control diet..tapi..adakah aku control..HARAMMM..makin makan ade le...dan kesan di atas pemakanan ku yang melampau ( aku naik 20kg> fr 50 to 76kg) maka lahirlah HERO ku yang pertama dgn berat badan 4.45kg dengan kaedah normal tapi VAKUM...doktor estimate 3.8kg aje. Sakit kol 11mlm..3 pagi gi sepital..1 tghhari masuk labour Room dan 5 ptg delivr.
Diabetis pada kehamilan yang kedua
Pada kehamilan yang kedua..aku mengalami kencing manis seawal usia 2 bulan..minum air gula yang pertama terus kantoi..sebelum minum air gula..7 mol ( dah consider kantoi)..lepas minum air gula 12 mol...sebab apa ? aku rasa sebabnya waktu tuh aku overweight ..dah berat badan 73 kg. Terus doktor buat referal letter pegi Ampuan Rahimah..stay le aku kat sana few nights for sugar stabilization. Dan hasilnya...dapat le sebijik pen..'Lily..your partner in diabetis' untuk cucuk insulin. Aku cucuk malam aje sebab siang aku boleh control diet untuk maintain gula dalam darah..cuma malam ajer...walaupun aku tak maka dari kol 7 malam..pagi2 kol lapan amik BSP(Blood Sugar Profile) mesti kantoi jugak ( > 7 mol)..Jadik bila cucuk insulin kol 10 mlm..pagi2 BSP OK .
Jadik waktu siang memang control gula..every week kena repeat BSP...jenuh le jari aku kena cucuk..before breakfast kol 8 pg..2 hours after brakfast kol 10 pg...2 hours after lunch kol 2ptg dan 2 hrs after dinner kol 8 mlm ( Nasib baik jari ada 10).. aku mmg jaga betul makan sebab takut nak kena admitted lagi...tapi everymonth kena gi Ampuan rahimah sebab dah ada case kat sana..Sepital akan keep track.
Hasilnya..berat badan ku sehingga lah aku bersalin...maintain gak 72 kg (turun sikit lagi ada)..dan anakku pun tak le sebesar abangnya...3.8kg aje...tapi aku kena induce sebab on insulin..Doktor Ampuan Rahimah bagi tarikh 15 June utk deliver..2 weeks earlier..(dah tau tarikh senang le hubby amik cuti).
Balik Kelate on Saturday 13June..Hari Ahad 14/June pegi Sepital Pasir Puteh..tak terima kes induce..pegi le HUSM Kubang Kerian..terus admitted (mmg dah agak sebab tu terus bawak kain baju)..Ari selasa 15/June kol 9 induce (lepas induce kena baring sejam bagi ubat tu bertindak)..kol 12 dah mula rasa merengat..tapi waktu tuh boleh lagi melayan Umar dan menyuapka nasik dia sewaktu dia visit..Kol 3 dah mmg sakit gila...dah bukak 4 cm..kol 4 masuk labour room...pecah air ketuban dan sepital bagi gas tahan sakit utk mengurangkan kesakitan.
Kol 4.57..baby kuar...tak le lama proses menahan kesakitan berbanding abangnya.
Next Post : My Diet During Pregnancy
Adakah Anda Penggemar Kangkung ???
Cerita pasal Kangkung
ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.
Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Macam mana? Masih nak makan KangKung ? Tepuk Dada Tanya Selera...
Monday, November 2, 2009
My Little hUT
My Sons, My Niece & My Only brother
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com