Friday, November 20, 2009

Di antara Garisan...



Betul ke ntah tajuk cerita semalam tu...yang kat ASTRO...di bintangi oleh Nor Khiriah dan sharifah Amani..

Mesej ceritanya memang sampai...amat bagus sekali...

ORANG BAIK2 sekarang..jangan asyik nak menghukum dan menghina orang2 yang jahat...
Memang kita mesti amar makruf nahi mungkar...tapi..bak kata orang..kena ikut procedurelah..macam citer semalam tuh..ade ke terus dibelasahnya si Ayu tuh..si Ustaz tuh tak pernah ke baca sirah rasulullah pasal perempuan berzina ni..mari aku refresh secara ringkas...

Ada seorang perempuan yang telah mengandung datang berjumpa rasulullah saw dan mengaku telah berzina...tapi rasulullah mintak perempuan tu balik dulu dan datang kemudian selepas bersalin..kemudian perempuan tu datang lagi..dan rasulullah menyuruh perempuan tu datang kembali selepas habis penyusuan anaknya iaitu selepas dua tahun...selepas 2 tahun barulah perempuan tu datang kembali dan barulah hukuman rejam di laksanakan...

Betapa mulianya Islam...Rasulullah sendiri mengambil masa yang sesuai untuk melaksanakan hukuman rejam sehingga mengambil masa bertahun2.

Tak de le macam cerita semalam tuh..perempuan tengah mengandung di belasah..gilerr betul..

Dan Ustaz dan Wirda tu..biar dia sedar sikit...langit tak selalunya cerah..jgn ingat bila serban tebal..tudung labuh...tak boleh terjerumus dalam maksiat nih..

Walaupun sepatutnya golongan macam nih yang lebih2 lagi kena menjaga kesucian Islam..

Hakikatnya..

Iman itu terletak pada Hati,
Bukan pada pakaian,
Tetapi Jagalah pakaian untuk melambangkan kepercayaan,
Jagalah Hati supaya tetap Iman.

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger