Wednesday, November 4, 2009

Pemakanan ku sewaktu Hamil

Di sebabkan kencing manis yang aku alami...sehingga terpaksa inject insulin tiap2 malam (aku lupa berapa mol aku inject- tapi tak tinggi..bawah 10mol)..jadik aku terpaksa le berdiet (lagi satu aku takut baby jadik besar cam anak sulungku)...kerana kencing manis nih boleh menyebabkan baby jadik besar gak..dan boleh bawak bahaya kepada baby...

Paling bahaya..baby dalam perut boleh meninggal..kenapa? sebab bila glukos dalam darah terlalu tinggi..kepekatan darah bertambah dan akan mengurangkan kandungan oksigen dalam darah untuk disalurkan kepada bayi.

Kedua..diabetis juga boleh melambatkan paru2 bayi matang..kenapa? yg nih aku tak tanya doktor..jadik aku tak tau..

yang nyata..diabetis adalah bahaya kepada kandungan dan perlu di kawal...

jadik...dietku seperti yang disarankan oleh dietician..
--------------------------------------------------------------

breakfast : 4 keping biskut kering + air kosong ( amik BSP 2 jam lepas tuh gula dlm 6 mol)

kalau nak minum teh/kopi ..mesti tanpa gula...susu anmum coklat tak boleh..anmum biasa tu pun 2 camca besar aje..tapi aku tak minum sebab kalau minum anmum sure kantoi BSP....

Tea break : 4 keping biskut kering + air kosong

Lunch : nasik sikit gila (2 susu besar aje)..sayur 2 jenis (penuh pinggan ngan sayur aje)..ikan seekor ( aku jarang amik ayam..takut baby dlm perut besar)..tempe/hati/tauhu sikit..ni utk naikkan hB...................amik BSP lepas tuh dalam 6.5 mol + betik sepotong + air kosong

Tea-Break : 4 keping biskut kering + air kosong

Dinner : selalunya aku amik yang bersup aje..tu pun sikit..selalunya mee tiau sup.

-------------------------------------------------------------------------------
Itulah selalunya yang aku makan..sebab aku kerja..jadik 5 hari seminggu diet aku lebih kurang seperti di atas..kecuali bila ari cuti dan sabtu ahad..diet aku akan lari sikit sebab kat rumah susah nak control...

Pantang makan : Susu pekat manis..Jus buah..nasik lemak..roti canai..milo...air bergula..air berkarbonat..roti putih..mee kuning..

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger