Tuesday, November 24, 2009

Huh..Tak terlintas Langsung nak maafkan dia...

'Tiada maaf bagimu Chin Peng'

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Tiada ungkapan yang layak ditujukan kepada mana-mana pihak yang bercadang untuk membawa pulang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini melainkan mereka juga mempunyai jiwa Komunis.
Apa tidaknya, cadangan tersebut bukan sahaja akan melukakan hati anggota-anggota keselamatan seperti polis dan tentera malah mereka juga pasti mempunyai agenda tersembunyi di sebalik kenyataan-kenyataan itu.
Cuba bayangkan, jika Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, 85, mati dan jasadnya disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak, sudah pasti ia akan menjadi satu monumen yang akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan mengatakan ia adalah kubur seorang pejuang yang patut disanjung.
Mengulas mengenai isu tersebut, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani hanya memerlukan kepada tiga perkataan sahaja iaitu 'tiada maaf bagimu.'
"Perbuatan Chin Peng telah menyebabkan negara kita terlambat untuk berdaya saing dan mencapai ke arah kemajuan pembangunan, ekonomi dan sosial," katanya ketika dihubungi di Mekah semalam.


Petikan dari Kosmo Online
------------------------------------------------------------------------------

Eh..kampung Halaman dia Setiawan Perak ke ? Mana ada...Kampung Halaman dia Cina sana la..Kat Setiawan tu cuma tempat dia berhijrah aje...Jadik..Apasal lak mayat dia nak kebumi kat Perak..biar aje le kat Cina sana...Lagi elok kat sana..sedara sedari dia banyak..

Tiada Maaf Bagi Chin Peng dan Tak Patut Di maafkan sampai bila2

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger